Dari-Nya kita datang, kepada-Nya kita kembali
Selasa, 5 November 2013 bersamaan 1 Muharam 1435 H, Allah ambil semula abah yang dipinjamkan di dunia selama 58 tahun. Perginya tiba-tiba kerana serangan jantung. Hanya 15 minit selepas aku dan suami bersalam untuk pulang ke rumah.
Fokus aku berubah. Kalau dulu, sibuk memikirkan cara untuk dapatkan anak. Sekarang, macam mana nak uruskan emak dan adik yang baru 13 tahun. Macam mana mak nak pergi kerja? Macam mana adik nak pergi sekolah? Banyak tanggungjawab yang perlu digalas selaku anak sulung. Terlalu banyak 'macam mana' berlegar-legar di dalam kepala.
Alhamdulillah, Allah bagi aku suami yang sangat memahami. Kini, aku dah tahu... Kenapa Allah tangguhkan dulu untuk beri kami zuriat sendiri. Namun, kami tetap berusaha. Mungkin tidak sekerap dulu.. Tapi kami tetap mahu anak hasil dari benih sendiri.
Hari ni.. genap sebulan abah pergi. Alhamdulillah.. semua urusan arwah mudah.. Kami semua bersyukur, abah tinggalkan duit pencen untuk emak dan adik. Abah juga tiada hutang dengan sesiapa. Perginya lansung tidak membebankan sesiapa.
22 Disember ni kami rancang untuk pacak batu nisan dan kepuk di pusara abah. Orang kata tak perlu letak kepuk. Tapi pada aku, biarlah rumah abah nampak cantik sikit pada penglihatan dunia kita. Biar keluarga dan kenalan abah rajin datang menjenguk.
Rumah di dunia sana bergantung pada amalan abah sendiri. Hanya dia dan Allah sahaja yang tahu. Kami sebagai anak hanya boleh bantu luas dan cantikkan rumah abah di dunia sana dengan doa yang berterusan. Insyallah.
Moga arwah abah terus tenang disana.
Moga abah ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman.
Insyallah sampai masanya nanti, akak dan yang lain akan menyusuli abah kesana juga
No comments:
Post a Comment