Salam semua
Ini pos pertama aku untuk blog ni. Tergerak hati nak wujudkan satu blog untuk berkongsi pengalaman suka duka hidup aku. Sebelum tu, izinkan aku berkongsi sedikit rentetan perjalanan hidup aku sehingga Allah gerakkan hati untuk wujudkan blog ini.
Masa : Jumaat (7 Disember 2012)
Aku selamat melansungkan perkahwinan dengan pilihan hati aku.
Masa : Awal Mac 2013
Aku dah tiga bulan tak datang period. Kali terakhir, dua minggu selepas majlis perkahwinan kami. Hati berbunga-bunga.. Berkali-kali buat ujian kehamilan sendiri, tapi keputusannya masih gagal.
Masa : Penghujung bulan Mac
Tiba-tiba aku period. Darah yang keluar luar biasa banyak. Hari ke-2 period : Jam 9 pg.. Kerusi di office penuh darah. Baju, Kain dan Kain Dalam habis lencun... Dalam hati "Gugur ke aku?" Teruknya macam budak kencing malam.
Petangnya, aku ke PPUKM di temani suami dan emak. Doktor sahkan aku tak gugur. Cuma bleeding biasa. Entah benda apa Doktor masukkan dari bawah untuk lihat keadaan dalaman aku. Dengan mata sendiri, aku nampak gambar "bulat-bulat kecil dalam bulatan besar" di skrin. Doktor bagi appointment untuk rawatan susulan.
- Ambil darah (Hari kedua period)
- Ambil darah (Tak ingat. Rasanya last day period)
Masa : Rabu (5 Jun 2013)
Allah uji aku sedikit. Aku disahkan positif PCOS. Ya Allah.. Terkedu... aku sedih sangat. Tak tergambar perasaannya. Disebabkan kahwin belum cukup setahun, Doktor minta aku kuruskan badan beberapa kg dan datang semula 5 bulan kemudian. Tujuannya untuk regularkan period. Doktor bagi "Menstrual Bleeding Chart" untuk tanda masa period dan bawa pada appointment akan datang. Berat masa ni 75.5kg.
Masa : Rabu (30 Oktober 2013)
Lihat balik "Menstrual Bleeding Chart" yang di tanda. Baru aku perasan, kitaran haid aku adalah dari 50-60 hari. Berat turun naik dan hasil akhir adalah 75kg. Aku dirujuk ke bahagian Dietetik kerana kegagalan aku kurangkan berat badan secara normal. Silap sendiri kerana hanya kurangkan makan tanpa senaman. Doktor bagi tempoh sehingga Januari. Kalau masih tak mengandung, suami pula akan diperiksa tahap kesuburannya.
Sekarang :
Aku masih dalam rawatan. Jadi, selain dari berkongsi suka duka hidup aku, aku wujudkan blog ini supaya :
- Aku sentiasa ingat semua perkara yang berlaku dalam usaha aku untuk dapatkan anak.
- Supaya aku mudah untuk letakkan link-link berkaitan dan dijadikan bahan bacaan aku nanti.
- Berkongsi pengalaman bersama dengan mereka yang senasib dengan aku.
- Untuk memotivasikan diri supaya aku sedar, aku perlu usaha kawal pemakanan aku setiap hari jika aku nak anak.
- Mudah-mudahan aku istiqamah untuk terus berusaha dan menaip pengalaman aku di sini.
Doktor kata "Kalau awak nak, awak kena work out la...". Aku senyum... Tapi hati aku menangis.. Cemburu bila melihat kawan-kawan yang kahwin selepas aku bergambar dengan perut comel masing-masing.
Dan lebih menyedihkan bila balik kampung, mereka dah mula bertanya "Kakak dah ada isi ke?", "Bila lagi kak?"... Aku hanya jawab "Insyallah coming soon.. Doakan lah ye.."
Aku percaya Allah uji hambanya setakat yang mereka mampu. Jadi, aku yakin aku mampu hadapi semua ni.. Setakat ini sahaja perkongsian aku buat masa ni.. Setiap kali bercerita pasal anak aku jadi emosi.
Selamat malam semua...
No comments:
Post a Comment