Wednesday, 25 December 2013

Pusara Arwah Abah



Sabtu, 21 Disember 2013 : Alhamdulillah.. tahlil untuk arwah abah berjaya dilaksanakan dengan sempurna. Kami jemput pelajar tahfiz di Sungai Rambai, Melaka untuk sama-sama membacakan tahlil buat arwah.

Bacaan tahlil diketuai oleh Imam surau taman aku. Alunan bacaan mereka.. Subhanallah... Sedap sangat.. Ramai juga ahli keluarga yang berkesempatan untuk hadir.

Semoga pahala bacaan tahlil dari kami semua sampai pada abah di sana.



Ahad, 22 Disember 2013 : Sempurna sudah niat untuk pasang nisan dan kepuk di pusara arwah abah. Lebih sempurna dari apa yang aku bayangkan. Alhamdulillah... Lapang dada rasanya.

Disebabkan pusara abah terletak di melaka, manakala kami sekeluarga tinggal di Kuala Lumpur, jadi aku hanya berurusan dengan pembuat nisan melalui website dan telefon. Rezeki aku, aku terjumpa dengan pembuat nisan yang mudah berurusan dan sangat menepati masa.

Kalau ada antara pembaca yang masih tercari-cari, boleh tengok di http://www.kepok.co.nr/. Berhubung dengan En Sawal (013- 711 5089 / 012 7939418). Aku memang recomend sangat.


Aku tempahkan Set Terazzo Hijau, batu nisan sungai dan rumput karpet khas untuk arwah abah. Jika ada yang bertanya kenapa? Aku punya alasan tersendiri.

Hijau :  Warna yang melambangkan ketenangan. Hijau juga merupakan warna kesukaan Rasulallah SAW.

Batu Sungai & Rumput Karpet : Semua benda hidup di muka bumi ni berzikir kepada Allah. Batu sungai dan rumput karpet hidup juga berzikir kepada-Nya.. Jadi, kami harap roh abah dapatlah tumpang pahala zikir hidupan tersebut.

Rasanya setakat itu sahaja yang nak aku kongsikan buat masa ni. Moga ada antara anda yang mendapat manfaat atas tulisan aku hari ni. Amin... 



No comments: