Alhamdulillah.. alhamdulillah.. alhamdulillah...
Klik untuk lebih jelas
Aku tak tahu apa yang menyebabkan darah period aku keluar kali ni. Sebab aku cuba pelbagai cara. Jadi, aku tak pasti mana satu yang menjadi.
30.12.2013 - 4.1.2013 (5 Hari)
Aku makan Pil Ravimed yang Doktor bagi. 3 hari sekali tanpa henti.
5.1.2013 - 11.1.2013 (7 Hari)
Aku makan Jus Pati Delima Gulshan. Aku cuba makan Pati Delima ni sebab dari hasil pembacaan aku, pati delima ni sangat bagus untuk menyeimbangkan hormon dan boleh mengatasi masalah kemandulan.
Sumber : Google
Pengalaman kawan-kawan yang makan pun, ada yang akhirnya hamil. Di tambah aku pernah ternampak botol yang sama di rumah Mak Cik aku. Dan yang pastinya Mak Cik aku tu murah rezeki dengan anak. Hehe.
2.1.2013 - 11.1.2013 (10 Hari)
Aku amalkan pemakaian panty liner 'She'. Cinta Hati yang bagi. Dia dapat pek promosi masa dia kerja di CityLink Shah Alam dulu. Cuma aku tak pernah pakai sebab aku tak suka pakai panty liner..Tapi pad siang dan malam dah lama selesai aku pakai. Hehe.
Sumber : Google
Selama ni aku tak pernah tahu pun ape kelebihan pad jenama she ni. Kuasa Allah, aku terbaca dalam majalah lama, "Jutawan keluaran November 2010" (punyalah lama) rupanya bagus panty line 'She' ni. Salah satu kelebihannya adalah menyeimbangkan sistem hormon wanita.
------------------------------------------------------------
Akhirnya.. apa yang aku tunggu keluar juga... Selepas 144 hari.. Yes!! Keluar juga darah period dari tubuh badan ni. Punyalah lama kitaran kali ni... Sampai aku dah booking tempat untuk bekam pada 13 Januari. Terpaksa tunda sebab 12 Januari darah haid aku dah mula keluar.
Lega bukan kepalang masa tu. Siap telefon Cinta Hati segera untuk maklumkan. Haha.
Kak Yah : Lega sebab selagi tak period, selagi la tu tangan gatal nak beli pregnancy test. Mengharapkan keajaiban. ^_^
No comments:
Post a Comment