1st step : Timbang berat, ukut tinggi dan ukur lilit pinggang
Berat : 76.5
Tinggi : 146.5
Ukuran Pinggan : 98cm
2nd step : Jumpa dengan pakar Endocrinologist
Penerangan mengenai cara pemakanan yang betul. Habis cara kehidupan aku diselidik. Dari gaya hidup, penyakit keluarga hingga ke cara pemakanan.
Sekali lagi dibentangkan dengan piramid makanan. Alahai....
Tapi yang pasti, psycho betul cara dia nasihatkan aku. Buat aku takut nak gemuk lagi.
3rd step : Rujuk Fisioterapi
Kena tanya lagi pasal cara pemakanan dan exercise. Fisioteraphist tu aku tengok macam budak lagi dari aku. Tapi ilmunya... Cukup tinggi..
Dia bagi aku masa untuk ke fisio. Katanya untuk ajar aku cara exercise dengan betul. Pakai pakaian sukan lengkap. Alamak!! Nak suruh aku berkawat ke apa ni?? Risau.
4th steps : Jumpa Dietitian
Finally... selepas macam-macam tempat aku kena pergi. Macam-macam ceramah aku kene dengar. Haha. This is what i want!
Sekali lagi kena tanya pasal cara pemakanan. Haha. 3 kali sehari, aku cerita benda yang sama. So, masa ni aku dah hafal apa yang perlu aku cakap.
Dietitian ni bagi aku idea tentang cara pemakanan yang sihat. Apa patut makan. Dan apa patut elak. Tapi apa yang aku dapat simpulkan.. Dia suruh aku masak sendiri di rumah. Much better, much healthier dan suami makin sayang sebab hari-hari suami makan apa kita masak. Haha.. Umpan dia.. memang mengena sungguh. Buat aku termotivasi nak masak hari-hari.
Congrats Dietitian! Haha.
Kak Yah : Fuh.. rasa panjang sungguh masa hari ni...